Monday 11 July 2011

Aktiviti perkhemahan sekolah 2011 SK.Syed Sheh,Kupang,Kedah

aktiviti dalam kumpulan di padang

                                           sedang membuat persediaan untuk memasak
sedang masak nasi appolo kukus....hmmm wanginya bau..

                                             Murid sedang membina gajet buluh secara berkumpulan.

                                           aktiviti pada malam perkhemahan..sibuk untuk penyediaan BBQ

                                           sebahagian murid yang menyertai perkhemahan sekolah
                                           bekerjasama membuat persiapan memasak utk. makan tengah hari
                                              kemeriahan hari perkhemahan perdana sekolah
                                          pertandingan memasak emm...sedapnyaaa gulai ikan kembung..
                                          nasi Appolo...
                                           hidangan yang dimasak oleh murid..
                                           murid-murid beratur mengambil makanan tengah hari.
                                          meriahnya... sedang bakar ayam....BBQ
                                           ni..kumpulan guru-guru perempuan yang bakar ayam, guru lelaki pergi mane..
                                           Acara di dewan malam kebudayaan..

Petua Mengelakkan Sakit Perut

Saya hendak berkongsi dengan anda semua mengenai petua mengelakkan sakit perut.


Rasulullah tidak pernah sakit perut sepanjang hidupnya. Rasulullah bersabda, mafhumnya :


Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

CARA MAKAN

* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU
Anda boleh mencuba, InsaAllah dengan keizinan Allah, ia akan berkesan.

p/s: Marilah kita sama-sama berikhtiar... :)

Saturday 2 July 2011

Cara-cara membuat blog

Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.

Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disini.http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.

Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'

Cara Buat Akaun Blogspot


3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.
Cara Buat Akaun Blogspot


4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address
  • Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
  • Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog.

Cara Buat Akaun Blogspot


5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'
Cara Buat Akaun Blogspot


6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)
Cara Buat Akaun Blogspot

Sumber:
       

Penggunaan ICT dalam Pembelajaran di Sekolah


     1. e-Learning
Elektronik atau belajar dengan bantuan komputer sudah ada sejak 1970.
Dengan menggunakan monitor layar hijau melalui sebuah komputer mainframe berkecepatan rendah, tetapi apakah metode tersebut dapat dikatakan sebagai e-Learning. Tentu saja hal tersebut bukan merupakan jawaban yang tepat mengenai e-Learning. Tanpa definisi yang jelas mengenai e-Learning, sangatlah susah untuk memutuskan benar atau tidak untuk disebut sebagai e-Learning.

1.1. Definisi e-Learning
Berbagai pendapat dikemukan untuk dapat mendefinisikan e-Learning secara tepat. e-Learning sendiri adalah salah satu bentuk dari konsep Distance Learning..Bentuk e-Learning sendiri cukup luas, sebuah portal yang berisi informasi ilmu pengetahuan sudah dapat dikatakan sebagai situs e-Learning.E-Learning atau Internet enabled learning menggabungkan metode pengajaran dan teknologi sebagai sarana dalam belajar. (Dr. Jo Hamilton-Jones).e-Learning adalah proses belajar secara efektif yang dihasilkan dengan cara menggabungkan penyampaian materi secara digital yang terdiri dari sokongan dan layanan dalam belajar. (Vaughan Waller, 2001) 

Definisi lain dari e-Learning adalah proses instruksi yang melibatkan penggunaan peralatan elektronik dalam menciptakan, membantu perkembangan,menyampaikan, menilai dan memudahkan suatu proses belajar mengajar dimana pelajar sebagai pusatnya serta dilakukan secara interaktif bila-bila masa dan dimanapun.

     1.2. Konsep e-Learning
Metode pengajaran tradisional masih kurang efektif jika dibandingkan dengan metode pengajaran modern. Sistem e-Learning diharapkan bukan sekadar menggantikan tetapi diharapkan pula untuk dapat menambahkan metode dan materi pengajaran tradisional seperti diskusi dalam kelas, buku, CD-ROM dan pelatihan komputer non internet.

Berbagai elemen yang terdapat dalam sistem e-Learning adalah :

* Soal-soal : maklumat dapat disediakan dalam bentuk modul, adanya soal-soal yang disediakan dan hasil pengerjaannya dapat ditampilkan. Hasil tersebut dapat dijadikan sebagai tolak ukur dan pelajar mendapatkan apa yang diperlukan.

* Pengajar online : para pengajar selalu online untuk memberikan arahan kepada para pelajar, menjawab pertanyaan dan membantu dalam perbincangan.

* Kesempatan bekerja sama : Ada juga yang dapat mengatur pertemuan online sehingga belajar dapat dilakukan secara bersamaan atau realtime.

* Multimedia : penggunaan teknologi audio dan video dalam penyampaian maklumat sehingga menarik minat dalam belajar.

2. Kelebihan dan Kekurangan e-Learning

2.1. Kelebihan e-Learning
Dalam bentuk beragam, e-Learning menawarkan sejumlah besar keuntungan
yang tidak ternilai untuk pengajar dan pelajar :

Ø      Pengalaman pribadi dalam belajar : pilihan untuk diri dalam belajar menjadikan pelajar untuk berusaha melangkah maju, memilih sendiri peralatanyang digunakan untuk penyampaian belajar mengajar, mengumpulkan bahan-bahan sesuai dengan keperluan.
Ø      Mengurangi biaya : lembaga penyelenggara e-Learning dapat mengurangi bahkan menghilangkan biaya perjalanan untuk pelatihan, menghilangkan biaya pembangunan sebuah kelas dan mengurangi waktu yang dihabiskan oleh pelajar untuk pergi ke sekolah.
Ø      Mudah dicapai: pemakai dapat dengan mudah menggunakan aplikasi e-Learning dimanapun juga selama mereka terhubung ke internet. e-Learning dapat dicapai oleh para pemakai dan para pelajar tanpa dibatasi oleh jarak, tempat dan waktu.
Ø      Kemampuan bertanggung jawab : Kenaikan tingkat, pengujian, penilaian, dan pengesahan dapat diikuti secara otomatis sehingga semua peserta (pelajar,pengembang dan pemilik) dapat bertanggung jawab terhadap kewajiban mereka masing- masing di dalam proses belajar mengajar.
Ø      ICT dapat menghadirkan informasi baru sehingga membantu pelajar memahami hal-hal yang belum difahami.
Ø      Menggunakan ICT bagi guru pada hakikatnya mengembangkan cara mengajar sesuai dengan kemajuan teknologi terutama dapat mengikuti perkembangan Negara-negara maju.
Ø       Merangsang daya kreatif berfikir pelajar.

2.2. Kekurangan e-Learning
 Beberapa kekurangan yang dimiliki oleh pemanfaatan e-Learning:
Ø       Kurangnya interaksi antara pengajar dan pelajar atau bahkan antara pelajar itu sendiri. Kurangnya interaksi ini boleh memperlambat terbentuknya values dalam proses belajar mengajar.
Ø      Kecenderungan mengabaikan aspek akademik atau aspek sosial dan sebaliknya mendorong tumbuhnya aspek bisnes/komersial.
Ø       Proses belajar mengajar cenderung ke arah pelatihan daripada pendidikan.
Ø      Berubahnya peran pengajar dari yang semula menguasai teknik pembelajaran konvensional, kini juga dituntut mengetahui teknik pembelajaran yang menggunakan ICT (Information, Communication and Technology).
Ø      Tidak semua tempat tersedia fasiliti internet ( mungkin hal ini berkaitan dengan masalah tersedianya telefon ataupun komputer).
Ø      Kurangnya mereka yang mengetahui dan memiliki keterampilan tentang internet.
Ø      Kurangnya penguasaan bahasa komputer.

3. Pengenalan Praktis e learning.
Penggunaan  ICT dalam pendidikan meliputi 2 hal iaitu aspek pengajaran yang melibatkan guru menggunakan ICT dan aspek pembelajaran yang melibatkan murid menggunakan ICT.

             Mengapa kita menggunakan ICT ?

·                    Meningkatkan pemahaman terhadap pelajaran.
·                    Meningkatkan motivasi
·                    Memberikan murid menentukan pembelajaran sendiri
·                    Mengakses informasi yang sukar diperoleh
·                    Meningkatkan kreativiti
·                    Meningkatkan kemahiran ICT

3.1.   Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan pembelajaran.

(a) Tutorial.
ICT digunakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan informasi/pelajaran berdasarkan urutan urutan yang telah ditetapkan.
Pembelajaran tutorial meliputi :
·        Pembelajaran ekspositori yaitu penjelasan terperinci.
·        Demonstrasi dan latihan.

(b) Eksplorasi.
Penggunaan ICT untuk pembelajaran berlaku apabila ICT digunakan sebagai media untuk :
· mencari dan mengakses informasi dari internet.
· melihat demonstrasi sesuatu kejadian  sesuai urutan dengan software dan hardware.

(c) Alat aplikasi.
ICT dikatakan sebagai alat aplikasi apabila  membantu murid melaksanakan tugas .Contoh : - membuat dan menganalisa diagram dalam pelajaran matematik.
        
(d) Komunikasi.
ICT dikatakan sebagai alat untuk memudahkan  komunikasi antara guru dengan murid dalam mengirim,dan menerima informasi.

4.0 Contoh – contoh praktis e learning dalam kelas.

4.1. Pembelajaran dengan Internet.
4.2. Pembelajaran menggunkan e-mail ( Elektronik Mail )
4.3. Pembelajaran menggunakan  Software Pendidikan ( Education Software )


sumber dari:


Wednesday 8 June 2011

my Class

jemput jadi follower saya.Terima kasih